Sunday, August 22, 2010

Senarai Taman Negara di Malaysia

Taman Negara Bako
-Teluk terpencil, tanjung berbatu serta tebing curam yang mempesona berhadapan dengan Laut China Selatan yang luas.

Taman Negara Endau - Rompin
-Taman Negara Endau - Rompin merupakan hutan hujan yang tertua di dunia (130 juta tahun!) dan tempat tinggal badak sumbu Sumatera yang kian pupus.

Taman Negara Bukit Lambir
-Kolam air yang berwarna kehijau-hijauan dan bukit batu pasir yang mengagumkan menjadikan kawasan ini destinasi percutian yang mempesona.

Taman Laut Tunku Abdul Rahman
-Taman laut yang mengandungi lima buah pulau ini menawarkan pelbagai kemudahan, pantai yang putih bersih dan aktiviti snorkel dan boleh dikunjungi dengan menaiki bot selama 20 minit dari Kota Kinabalu.

Taman Negara Batang Ai
-Hutan hujan yang luas ini menjadi tempat tinggal hidupan liar seperti orang utan dan burung kenyalang. Ia juga mempunyai sebuah hotel bertaraf 5-bintang.

Taman Negara Gunung Mulu
-Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747.

Lembah Danum
-Lembah Danum yang indah merupakan kawasan pemuliharaan yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan liar serta pemandangan alam sekitar yang mempesonakan.

Taman Negara Similajau
-Taman pinggiran pantai sepanjang 30 km ini mempunyai pantai paling indah di negeri Sarawak.

Taman Laut Pulau Payar
-Taman laut indah yang memaparkan keajaiban laut diganding dengan kemudahan sempurna membolehkan pelancong mendekati alam semulajadi.

Taman Kinabalu
-Gunung tertinggi di Malaysia (4,101m) menyediakan pendakian yang mencabar dan pemandangan yang sungguh mengagumkan.

Hutan Simpan Belum
-Hutan Simpan Belum ialah hutan simpan dara yang terluas di Semenanjung yang belum pernah diteroka serta kawasan perlindungan yang kaya dengan pelbagai hidupan liar.

Taman Negara Tanjung Datu
-Walaupun kecil, taman negara ini melindungi hutan hujan dara dan juga terumbu karang laut yang terletak hanya 100 meter antara satu sama lain.

Taman Negara Gunung Gading
-Tarikan utama Gunung Gading ialah bunga Rafflesia yang besar. Inilah salah satu tempat terbaik untuk melihat tumbuhan yang jarang ditemui ini.

Taman Negara Tanjung Piai
-Tanjung Piai merupakan kawasan lindungan pantai pinggiran paya bakau, tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar yang unik.

1 comment: