Mengancam Kesihatan Manusia

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .
Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .
Mengancam tumbuhan dan binatang

Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .
Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .
Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .
Kerosakan Harta Benda

Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda .Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .
No comments:
Post a Comment